Tentang Kami
Untuk Rakyat
Al-Huffaz Management adalah sebuah platform yang menyediakan Servis pendidikan Islam, khususnya mengajarkan Al-Quran, dengan tujuan menemukan pelajar yang ingin belajar Al-Quran dengan pendidik yang terlatih, mengajarkan Al-Quran, Iqra', bahasa Arab, dan SSSRU, serta menyediakan ustaz dan ustazah untuk memimpin doa, zikir, dan tausyeh dalam acara Islam, mengadakan perkhemahan menghafal Al-Quran, kelas Al-Quran dewasa, dan program kebajikan untuk anak-anak yang membutuhkan.
Al-Huffaz Management ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Haji Muhammad Loqman bin Haji Hamdan, dengan tujuan memberikan peluang pekerjaan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang berkelulusan akademik Islam bagi membangun generasi celik Al-Quran dan Menjadi rakyat Negara Brunei Darussalam berkemahiran dalam membca Al-Quran.
Kini, lebih dari 200 orang tenaga pengajar yang terlatih dan bertauliah dibawah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

SERVIS KAMI
Menyediakan pendidikan Al-Quran holistik, termasuk program hafazan, kelas tajwid, tafsir, dan tadarus untuk semua peringkat umur.
PENGALAMAN
Bertahun-tahun pengalaman melahirkan pelajar mahir dalam hafazan dan pemahaman Al-Quran dengan bimbingan tenaga pengajar bertauliah.
TANGGUNGJAWAB
Komited terhadap amanah pendidikan dengan pendekatan berintegriti, perhatian individu, dan laporan kemajuan pelajar.
TESTIMONI
Kisah Kejayaan Pelanggan:
Dengar Apa Yang Dikatakan Pelanggan Kami
USTAZNYA CALI TERUTAMA USTAZ LOQMAN PASAL IA SUKA ONE PIECE
ARIF HANAFI
SG BULOH, BRUNEI
Ku suka mengaji sini pasal dapat makan hehe
Hezqyl
BENGKURONG, BRUNEI
ONLY TRIBAL CHIEF
Amin
Tanah Jambu, Brunei
MISI HUFFAZ
Melahirkan Generasi Celik Al-Quran
-
Mendidik dengan Ilmu dan Akhlak Al-Quran
Membimbing pelajar untuk membaca, memahami, dan menghayati Al-Quran agar menjadi insan yang berakhlak mulia, beriman, dan bertaqwa. -
Meningkatkan Kemahiran Hafazan dan Pemahaman
Melatih generasi muda untuk menghafaz Al-Quran dengan kaedah yang efektif serta memahami maksud ayat-ayat suci sebagai panduan hidup. -
Memanfaatkan Teknologi untuk Pendidikan Al-Quran
Menggunakan pendekatan inovatif melalui teknologi dan kaedah pembelajaran moden untuk memastikan Al-Quran mudah diakses dan difahami. -
Membentuk Pemimpin Berpandukan Al-Quran
Melahirkan individu yang bukan sahaja celik Al-Quran tetapi mampu memimpin masyarakat dengan berpandukan nilai-nilai Islam. -
Memperkasa Hubungan dengan Al-Quran dalam Kehidupan Harian
Menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama dalam setiap aspek kehidupan untuk membentuk masyarakat yang harmoni dan diberkati.
